Tuesday, May 26, 2009

Rakaman Lagu Awek Ku Lari~ Erry Putra


Hi semua.. Erry baru sahaja selesai merakamkan lagu terakhir yang akan dimuatkan dalam Single Erry bertajuk "Izinkan Aku". Lagu yang terakhir ini bertajuk "Awek Ku Lari" ciptaan dan Lirik oleh Erry Putra manakala produce, arrangement, mixing dan mastered by Aidil-AF 3(Aidil Music Studio.

Erry sebenarnya tak sabar untuk menyiapkan rakaman lagu terakhir ini yang mana lagu ini khas buat anda semua. Oleh sebab tak sabar, Erry letakkan Video "THE MAKING OF AWEK KU LARI" untuk tatapan peminat peminat di Malaysia, Singapura dan Brunei.

Kalau ikutkan nasihat pengurus Erry nan, patutnya hari nie 27 hb May (12.30 am) kami tak plan untuk rakam lagu ini sebab petang tadi Erry ada shooting dari pagi (26hb) sampai mlm di Ukay perdana (Drama E-Toyol TV3), tapi tak tahu kenapa Erry nak juga buat rakaman lagu ini untuk peminat peminat di luar sana walaupun tersangat lah penat dengan shooting drama E-Toyol. So malam tadi Erry bersama pengurus (nan) bergerak ke studio Aidil untuk menghabiskan lagu terakhir bagi single "Izinkan Aku".

Video yang anda semua bakal dengar di bawah nie lagu yang belum di mixing dan mastered tetapi akan siap complete semuanya by next week .. So sabar sabar yer. Harga bagi single ini ialah RM 15.00 untuk 4 buah lagu dan 1 bonus Minus One.

Jadi Erry berharap semua peminat peminat akan menyokong karier Erry sebagai penyanyi dan pelakon dan tahun 2009 nie Erry mungkin akan mengurangkan aktiviti lakonan untuk memberi lebih tumpuan dalam bidang nyanyian.

Studio Aidil Music

Kepada yang menonton drama matahari petang tadi (26hb Mei) tentu anda dah mendengar lagu ciptaan Adnan Abu Hassan yang Erry duet bersama Shajiry (Siapa Di Hatimu) yang mana dalam blog ini hanya erry letak separuh. Sorry lah yer sebab lagu lagu Erry kalau nak dengar penuh hanya akan terdapat di dalam album dan di radio sahaja(coming soon to Hot FM, ERA, Suria, Muzik FM, RIA dan stesyen RTM.

Dah prepare dengan air daaa...(dalam hati dig dag dig dag)

Jadi yang mana nak dengar lagi dan lagi cepat cepat beli album ini okay dan ianya di jual secara online sahaja.Kalau ikutkan pun lagu Izinkan Aku dah pun di main kan di RIA Singapura. Jadi peminat peminat Singapura kena selalu buat permintaan ok untuk lagu Izinkan aku.Dan Insyallah lagu Awek ku lari ini juga pasti akan disukai ramai kerana ianya menampilkan elemen muzik yang cukup catchy. Bukan nak masuk bakul tapi Erry berpuas hati dengan arrangment muzik oleh Aidil.

Jadi kepada anda terimalah video THE MAKING OF Awek ku Lari...

Monday, May 25, 2009

Contoh Logo


Nampaknya ramai yang feedback ttg pertandingan mencipta logo Erry Putra Production. Ader yang emailkan gambar erry kat pengurus untuk pertandingan mencipta logo.Oklah erry tunjuk contoh logo bagi anda semua untuk mengelakkan kekeliruan.

Contoh Logo Siti Nurhaliza production. Ini adalah contoh logo untuk Dato Siti nyer company. So harap anda peminat2 erry tidak konfius lagi k.. muahhhhhh

Sunday, May 24, 2009

Pertandingan Mencipta Logo Erry Putra Production



Hi .. semalam Erry baru sahaja habis membuat rakaman untuk siri "Laman Santai di perkarangan Istana Budaya. Ramai juga orang yang hadir. Antara artis yang memeriahkan laman santai semalam ialah penyanyi Safura, Nas Adila (AF7), Shahri dan kumpulan Coda(artis naungan Dato' Siti Nurhaliza. Kepada peminat yang hadir amacam best tak? . Kepada yang tak berpeluang pergi sana semalam jangan risau tunggu sahaja rancangan tersebut disiarkan di RTM nanti yer.

Anyway sudah beberapa kali Erry menjadi pengacara untuk Laman santai nie yang diadakan setiap hari Ahad jam 8.30 yang mana akan menampilkan beberapa artis menyanyi secara santai. Jadi kepada peminat peminat anda boleh datang beramai2 dan memeriahkan Laman santai sambil menjamu selera okay.

Minggu nie Erry sebenarnya plan nak invite peminat peminat Erry untuk menyertai satu pertandingan mencipta "Logo Erry Putra Production". Kepada anda di luar sana yang berbakat dalam bidang ini boleh mengambil bahagian kerana pihak Erry Putra Production akan menyediakan hadiah iaitu pemenang Pertama-Peluang beramah mesra bersama Erry yang mana pihak Erry Putra akan memberikan peluang kepada pemenang untuk membawa 4 orang rakan anda untuk makan malam dan beramah mesra dengan Erry di satu lokasi yang akan dirahsiakan terlebih dahulu di samping berpeluang menerima 4 CD Single Erry terbaru + poster berserta tandatangan. Manakala pemenang kedua akan menerima 2 CD Single Erry + Poster berserta tandatangan dan makan malam 2 orang bersama Erry manakala tempat ketiga akan menerima1 CD single terbaru + makan malam bersama Erry Putra.

Jadi kalau boleh Erry nak anda beramai2 menyertai pertandingan mencipta logo Erry Putra berdasarkan gambar daripada Single terbaru Erry dan yang penting konsep nya Erry nak simple tapi ekslusif okay. Tarikh tutup ialah sebelum 31 hb Mei 2009.

Sila hantarkan logo anda dalam bentuk Softcopy dengan mengemail kepada pengurus Erry, Nan di alamat email tekanbutang@yahoo.com. Thnks.


Laman Santai Shahri - Mc by Erry Putra & Kunnie

Wednesday, May 20, 2009

Album "Izinkan Aku"



Apa khabar semua. Erry nya design untuk cover Album Single "Izinkan Aku" dah siap. Semua mesti tertanya tanya mcm mana reka bentuk album nie kan? Ada kat bawah so any comment?
Poster design pun dah siap cuma tak boleh letak kat sini sebab ianya eklusif untuk peminat peminat Erry yang oder online sahaja.

Rekaan & bentuk cover album ini adalah gabungan idea Erry dan Nan. Nan juga telah membuat sendiri editing bagi cover album ini. Kami sengaja memilih latar belakang yang simple iaitu white base untuk menampakkan kesederhanaan tapi ekslusif jadi jangan tunggu lagi okay sebab order online dapat poster sekali. Seperti mana dapat lihat kat bawah ada 3 lagu tapi akan plus dengan satu lagi lagu yang mana melodinya dirahsiakan terlebih dahulu.

Track 1 -
Izinkan Aku
Pencipta :Aiman@Zul 2by2)
Lirik :Erry Putra



Track 2 -
Cinta ku (Ost Drama Sutramaya)
Pencipta: Aiman
Lirik : Zimmy Sofaz

Track 3 -
Siapa Di Hati mu
Pencipta : Adnan Abu Hassan
Lirik: Faris

Track 4 -
Lagu Bonus

Monday, May 18, 2009

Pembikinan Single



Assalamualaikum kepada semua. Untuk pengetahuan anda yang tengah melayari Internet semoga sihat hendaknya.. mcm tulis surat plak kan? Anyway nak bagi tahu yang Erry dah siap design cover untuk single Erry "Izinkan Aku". Minggu nie proses printing akan di siapkan sekali dengan poster dan CD. Kepada yang dah tempah online sabar sabar yer sebab Pengurus Erry akan emailkan tentang tempahan yang telah dibuat. Anyway kalau nak tengok Single tu kena lah tunggu.

Kepada peminat peminat yang berada di Kuala Lumpur anda boleh datang beramai ramai untuk berjumpa dengan Erry hari Sabtu nie di perkarangan Istana Budaya iaitu hari 23 hb May 2009 pukul 8.00 mlm yang mana Erry akan membuat persembahan so boleh datang melihat persembahan Erry

Kepada anda semua TQ VERY MUCH sebab blog Erry semakin hari semakin ramai yang add!! Tq kepada anda. Album Single "Izinkan Aku" di bawah ada 3 lagu disamping satu lagu yang akan dirahsiakan terlebih dahulu

1-Izinkan Aku
Pencipta:Aiman
Lirik : Erry Putra

2-Cintaku (OST Sutramaya)
Pencipta:Aiman
Lirik: Zimmy (Sofaz)
CiNTAKU by ERRY PUTRA

3-Siapa Dihatimu (duet bersama Shajiry)
Pencipta:Adnan Abu Hassan
Lirik: Faris



Kalau nak tahu lagu Adnan Abu Hassan boleh klik video di atas tetapi separuh jer sebab nya kalau anda nak dengar lagu penuh kenalah beli Album Erry okay so boleh email kepada pengurus Erry Putra iaitu Adnan di tekanbutang@yahoo.com


Monday, May 11, 2009

Caller Ring Tone - Lagu Erry Putra



Tentu anda belum mengetahui yang Erry juga sebenarnya mempunyai CRT (Caller Ring Tone) Lagu "Izinkan Aku" & "Cinta Ku-Soundtrack Sutra Maya" yang boleh di download secara terus dari Maxis, Digi, Celcom. Lagu yang tengah berkumandang ini ialah Lagu "Izinkan Aku"-Pencipta:Zul 2by2 Lirik:Erry Putra.

Jika anda berminat dengan lagu ini anda boleh mengikuti langkah langkah seperti berikut:



Izinkan Aku -Code :113236 & Cintaku-Code:113235)
Taip*131*Code Lagu# tekan send
Contoh:
Taip *131*113235# dan tekan send




(Code:0052827-Izinkanlah Aku & Cintaku-Code:0052826)
Taip CT BUY dan terus send ke 2000
Contoh:
CT BUY 0052827 send ke 2000

Celcom (code:56997-Cintaku, 56998-Izinkahlah Aku)
CMTsend ke 22990
Contoh:
CMT 56998 send ke 22990


Jom ramai ramai download ring tone Erry.. Bagi anda yang ingin membeli CD Single Erry beserta Poster (siap tanda tangan)boleh lah email kan butir butir peribadi seperti:

Nama:
Alamat:
No telefon:
Email:

kepada Pengurus Erry Putra Nan di alamat tekanbutang@yahoo.com

Matahari: Slot Akasia TV3



Promo Drama Matahari

Minggu nie Erry dah habis shooting untuk Drama Matahari dan sekarang dah masuk episod yang ke 25. Anda semua dah menonton belum? Jadi kepada anda jangan lupa menonton Erry dalam Drama matahari ini kerana banyak adegan saspen yang belum diketahui.. jeng jeng Bagi mereka yang belum mengetahui sinopsis Drama ini anda boleh membaca nya di bawah seterusnya menonton di TV3. Bagi Erry drama ini agak menarik kerana memaparkan banyak pelakon pelakon terkenal yang lain.

Slot : Akasia
Waktu/Hari : 6.30-7.30pm/Isnin – Khamis
Barisan Pelakon : Nisdawati, Fahrin Ahmad, Aida Aris, Fauzi Nawawi, Hamidah Wahab, Syukery Hashim, Arash Mohd, Iqram Dinzly, Jehan Miskin, Erry Putra, Ako Mustapha, Fizo Omar, Sabrina Ali dan Noorkhiriah.
Lagu Tema : Cuba oleh Faizal Tahir

Drama Matahari mengisahkan seorang wanita yang terus memburu cinta sejati angkara kecundang dalam cinta pertama. Kisah tragis Matahari, seorang wanita kampung naif yang terpaksa mengharungi pelbagai dugaan musibah hidup dan ini telah menukarkannya menjadi wanita penuh keterampilan. Dengan kekuatan dan kepandaian yang ada pada dirinya, pelbagai tipu muslihat dirancang bagi memenuhi keinginan diri.

Siri 44 episod ini bakal menemui penonton mulai 30 Mac. Drama ini diterbitkan oleh Pena Kreatif Sdn. Bhd yang mana Penerbitnya ialah Puan Zeila Jalil yang sebelum ini pernah menerbitkan beberapa drama hits di TV dan olahan penerbit diiterjemah oleh pengarah berpengalaman iaitu saudara Mohd Feroz Abdul Kadir Saheb. Ia membariskan pelakon seperti Nisdawati, Fahrin Ahmad, Aida Aris, Fauzi Nawawi, Hamidah Wahab, Syukery Hashim, Arash Mohd, Iqram Dinzly, Jehan Miskin, Erry Putra(Den la..), Ako Mustapha, Fizo Omar, Sabrina Ali dan Noorkhiriah.