Tuesday, June 30, 2009

Sultan Melaka @ Astro Ceria



Hello.. Apa khabar semua. Anyway Erry baru sahaja selesai membuat show jemputan di Laman Budaya Shah Alam hari Ahad baru baru ini atas jemputan Majlis Perbandaran Shah Alam. Erry nak ucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur terutama Encik Fahmee pengawai kebudayaan MBSA.

Okay update terbaru hari ini Selasa, Rabu dan Khamis Erry akan busy dengan sebuah drama komedi yang akan disiarkan di Astro Ceria yang menampilkan Erry sebagai Sultan. Produksi ini adalah produksi yang diterbitkan oleh Afdlin Aman Ramli dan pengarah nya Opie Zamie (Mat Rock dalam Spanar Jaya)

Untuk pengetahuan semua walaupun drama ini berkonsepkan komedi tapi dailog nya agak susah sebab bukan senang nak mengingati dialog dialog zaman purbakala meskipun telah diolah dalam bentuk komedi. Fuh.. berpeluh peluh jugak Erry untuk menghafal skrip yang diberikan.

Anyway Erry suka jugak sebab inilah kali pertama diberi peluang untuk melakokan watak sebagai Sultan (hehehehe). Yang bestnya pengarah Opie dan pelakon kanak kanak juga terlibat dalam pembikinan drama ini. Kepada anda semua kalau cerita je tapi tak de gambar untuk dilihat tak best jugak kan. Apa kata kita sama sam saksikan gambar gambar dibelakang tabir pembikinan Drama ini. Ayuh...

Sedang di make upkan-Letak Misai

Make up check ok ke tak


Set


Opie berlakon juga sebagai pengarah~

Hang tuah, Hang Jebat dan lain~ gagagag

cuba teka sapa nie inilah pelakon filem Syurga Cinta yang belakon bersama Heliza dan Awal

Rakyat Jelata bersama panglima & hulu balang


tgh menghafal skrip~Adoii apehel la susah bebenor teman nak ingat nie~~


Ambik la gambar aku tgh pening lalat nie~

Wednesday, June 24, 2009

Final Band Idola ~Ahad ini di Laman Budaya Shah Alam-Artis Jemputan Erry Putra


Erry penat shooting Drama E-Toyol .com
Tv34.30ptg/TV9-8.30mlm(Isnin-Khamis)

Hari Ahad ini pada pukul 4.00 petang jangan lupa datang Laman Budaya Shah Alam yer untuk pertandingan Final Band Idola yang mana Erry akan membuat persembahan jemputan. Jadi kepada peminat peminat Erry jum ramai ramai meriahkan pertandingan ini okay.Kepada peminat tq sebab blog makin hari makin bertambah followers. Nampak nya doa Erry termakbul untuk meramaikan followers dan pembaca blog erry putra. Kepada Peminat Peminat di Kuala Lipis maaf sangat sangat sebab erry tak dapat menyertai Lipis Fest sebab sebab tertentu,

Tapi mungkin kalau ada rezeki kita akan jumpa nanti okay. Kepada semua juga Erry disini nak umumkan yang Erry sudah menubuhkan syarikat iaitu Erry Biru Production Sdn Bhd. Mungkin Ramai yang tertanya tanya kenapa tak letak nama syarikat Erry Putra tapi nak maklumkan kat sini bahawa Erry terpaksa menukar nama company kerana PUTRA adalah nama yang tidak dibenarkan oleh pihak Kerajaan Malaysia. Oleh itu Erry dan pengurus mencadangkan Nama Erry Biru Production Sdn Bhd sebab Erry sangat suka kan warna biru yang melambangkan kedamaian.


Kepada yang dah baca paper Utusan Malaysia hari nie(24 June) page 26 anda tentu dah baca kan tentang final band idola so kepada yang belum baca boleh baca kat bawah key!! kepada yang komen THNKS U SO MUCH FOR THE COMMENTS!!! LOVE U!!!

Petikan Utusan Malaysia

Tuesday, June 23, 2009


Kenyataan Media - Band Idola Akhir

Setelah hampir empat bulan bersiaran di Laman Budaya Shah Alam, dan lebih 36 kumpulan berentap sepanjang ia berlangsung, peringkat akhir Band Idola akan menemui penonton pada 28 Jun ini bermula pada jam 4.00 petang di Laman Budaya Shah Alam. Pertandingan ini merupakan anjuran Bahagian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Jabatan Korporat Majlis Bandaraya Shah Alam.

Pertandingan akhir tersebut akan menyaksikan 6 kumpulan akan berentap merebut gelaran Band Idola 09. Kumpulan yang Berjaya mara di peringkat akhir ialah Sharp Nine, Ilustrasi, Rimba Bara, Putera Sari, Sapphire dan Alternature. Setiap kumpulan akan membawa 2 buah lagu, di mana satu lagu ciptaan sendiri dan satu lagu plilihan.

Pertandingan akhir itu juga akan diserikan dengan persembahan jemputan dari pelakon yang kini juga penyanyi iaitu Erry Putra, Sam dan Kumpulan Sharpshooter. Pertandingan ini bukan sahaja berjaya melahirkan bakat-bakat muda dalam penciptaan lagu dan lirik tetapi ia memberi ruang kepada anak-anak muda untuk berkarya.

Maklumat lanjut mengenai Pertandingan Akhir Band Idola, sila hubungi Pegawai Kebudayaan dan Pelancongan En. Mohd Zulfahmee Ismail di talian 013-3507888.

Sunday, June 21, 2009

Happy Birthday TV3







Sempena ulang tahun ke 25 , TV3 telah mengadakan satu konsert besar besaran di dataran merdeka baru baru ini (21hb June 2009). Ramai jugak peminat peminat TV3 datang memeriahkan acara yang disediakan.

Erry sendiri berpeluang bertemu dengan peminat peminat di booth MY TV3. Antara artis yang datang ialah Amyza Adnan, Kamal, Intan Ladyana, Iqram, Fauziah Ghouse dan lain lain. Malam pula diadakan Red Carpet dan konsert oleh Bunk Face, Faizal Tahir, Aizat, Ning, Adibah Noor, Noryn,Afgan, FBI, Farah Fauzana serta geng geng Hot FM dan ramai lagi kiranya sapa yang tak datang rugi la malam tu sebab sound system yang disediakan oleh konsert di dataran TV3 hari tu best giler!.

Tahniah TV3 !!

Thursday, June 18, 2009

Erry Putra Dalam Kosmo 18 June 2009




Assalamualaikum. Sapa yang beli akhbar tentu dapat membace artikel tentang "Erry bergelar penyanyi"...


Erry bergelar penyanyi

ERRY PUTRA


PELAKON Ery Putra ingin bergelar penyanyi? Kalau benarlah cerita yang Marilyn dapat ni, maka bakal muncul seorang lagi penyanyi yang menghiasi dunia seni suara tidak lama lagi.

Dengarnya penyanyi lelaki berdagu cantik dan berbibir mungil ini akan menghasilkan sebuah single untuk diperdengarkan kepada peminat. Khabarnya Ery menggunakan khidmat pemuzik popular Indonesia untuk kemunculan kali pertama sebagai penyanyi solo.

Kos pembikinan single itu dikatakan menggunakan duit Ery sendiri yang dikumpulnya sedikit demi sedikit hasil lakonan selama ini. Hebat tu!

Dek terlampau minat, Ery sanggup berjimat-cermat asalkan dia dapat muncul dengan single tidak lama lagi sebab dia memang hendak sangat jadi penyanyi. Marilyn harap niat murni Ery akan jadi kenyataan sebab mengenali Ery dia memang seorang artis yang sanggup berusaha keras demi menjayakan cita-citanya.


Marilyn: Nak kongsi rahsia Ery jaga dagu dan bibir, biar lebih cantik!








Anyway nak ucapkan ribuan terima kasih kepada wartawan Kosmo kerana menulis berkenaan Single Erry yang akan keluar tapi nak betulkan sikit sebab Album mini nie tak menggunakan Komposer Indonesia seperti yang ditulis. Untuk pengetahuan semua Album Ery nie ade beberapa orang komposer yang terlibat iaitu:

1.Zul 2by2
2.Zimmy Sofaz
3.Adnan Abu Hassan
4.Faris
5.Aidil AF 3
6.AG (Anggota Hujan)
7.Erry Putra Sendiri

Thank You ~

Wednesday, June 17, 2009

Ewah Ewah & Gadis Ku Lari Lagi~


16 hb June 2008.

Hello semua. Sebelum apa apa Erry nak ucapkan ribuan terima kasih kepada followers blog Erry sebab hari ini followers erry semakin bertambah. Dari hanya 39 Followers(April) sekarang update yang terbaru followers dah bertambah kepada 172 orang. Terima kasih banyak banyak. Tak tahu nak cakap apa tapi erry tersangat gembira dengan perkembangan & juga pertambahan bilangan mereka yang mengikuti perkembangan erry putra. Harap harap selepas ini akan bertambah lagi yer Amin~.Kepada peminat di luar sana Erry mohon banyak banyak maaf sebab tak dapat nak follow blog anda sebab erry menggunakan gmail untuk akaun ini.

Update yang terbaru erry akan muncul dalam program Ewah Ewah terbitan TV3 pada hari Selasa ini. Program rakaman telah diadakan pada hari Rabu yang lalu bertempat di TV3. Erry berpeluang memperkenalkan single Erry yang terbaru iaitu Gadis Ku Lari Lagi. Untuk pengetahuan anda lagu terbaru Erry Awek Ku Lari telah di tukarkan tajuk kepada "Gadis Ku Lari Lagi". Kepada anda jangan risau k sebab lagu tu tetap sama hanya yang bertukar ialah tajuknya.

Sebelum anda semua tengok kat TV3, Erry dah pun ade rakaman semasa Erry membuat persembahan lagu Gadis Ku Lari Lagi kat Ewah Ewah nie.

Thursday, June 11, 2009

Youtube Konsert Di Kuala Rompin

Seperti yang dijanjikan kepada peminat yang tak sempat ke Kuala Rompin video ini khas kepada anda semua....


Jangan Lepaskan~


Ini pula Video Clip untuk Sound Check Rompin Fest

Sound Check di Kuala Rompin Lagu Gadis Ku lari~Erry Putra

Wednesday, June 10, 2009

Generasi X (RTM) Coming Soon


Assalamualaikum kepada semua. Seperti yang di janjikan Erry kembali dengan story tentang Erry. Kepada yang dah tengok gambar gambar Pembikinan Telefilem laila Sari kat bawah nie jangan lupa saksikannya di Saluran Astro tak lama lagi okay.

Mungkin anda semua dah lupa yang baru baru nie Erry ada shooting Rancangan Generasi X siaran RTM. Rancangan ini belum disiarkan tetapi insyallah dalam beberapa minggu ini akan disiarkan. Rancangan Generasi X nie akan ke udara setiap hari Ahad RTM1 jam 4.30 ptg.

Kiranya rancangan berbentuk remaja yang mengupas isu isu semasa remaja masa kini. Isu yang diketengahkan semasa erry menjadi tetamu ialah isu rokok. Antara artis yang terlibat ialah Fizow dan Sariyanti. Nasib baik Erry berjaya sampai ke lokasi iaitu Kawasan Rekrekasi Lembah Kiara pada pukul 9.05 pagi. Untuk melihat penggambaran tersebut jum sama sama saksikan gambar gambar semasa shooting okay!


Fizow, Erry dan Sariyanti khusyuk mendengar arahan Producer Ms Thava

Fizow sedang memberikan pendapatnya

Apa la yang dibualkan tu~Tunggu ...........k

Smile~Gambar terakhir bersama Ms Thava-Producer Rancangan Generasi X

Tuesday, June 9, 2009

Telemovie Laila Sari (Astro) Coming Soon


Minggu ini Erry mempunyai jadual yang padat iaitu berlakon Telemovie "Laila Sari" cereka sains fiksyen (menggunakan teknologi CGI) yang akan ditayangkan di Astro tak lama lagi. Pelakon lain yang membintangi Telemovie ini ialah Liyana Jasmay dan lain lain.

Sinopsis:
Laila, seorang puteri dari Buni dibuang oleh adiknya Sari ke Bumi untuk mengelakkan Laila dari akhirnya menjadi seorang Maharani yang kejam. Laila cuba untuk menyesuaikan dirinya di Bumi tetapi ada sahaja yang tak kena. Manakala Sari pula ingin mengambil kekandanya pulang setelah dipaksa menggantikan tempat kekandanya untuk berkahwin dengan Maharaja Jati yang tidak dikenalinya. Lakonan Erry Putra, Liyana Jasmay.
Director:Ghaz
Penerbit/Skrip:Nizam Zakaria
Terbitan:The Media Hustler

Berikut adalah gambar gambar ehsan dari penerbit Nizam Zakaria


Salah satu babak dalam Laila Sari








Babak di meja makan

Mendengar arahan dari Ghaz (pengarah)


Babak Luar

Pengarah Ghaz sedang teliti memerhatikan monitor

Naik Skuter heheheh

etc~


etc~



etc~


Ini Trailer telemovie Siti Tivi yang ditulis juga oleh Nizam Zakaria

Show Erry Putra di Kuala Rompin



Kepada peminat semua maaf banyak2 sebab Erry sangat busy dengan pengambaran Telemovie "Laila Sari" untuk siaran Di Astro. Kepada peminat peminat di Kuala Rompin terima kasih banyak banyak kerana datang melihat persembahan Erry di Rompin Fest pada hari Sabtu yang lepas. Erry bertolak bersama pengurus Nan ke Kuala Rompin tetapi telah tersesat ke Rompin Negeri Sembilan. Terpaksa batalkan temuramah ngn Radio Pahang. Maaf banyak2 kepada Kak Nik dan seluruh warga kerja Radio Pahang.


Sound check~Best kan Show tepi pantai Kuala Rompin(Pantai Hiburan)


Dah ade penonton walaupun hanya sound check~ gagaga

Kepada peminat peminat yang tak berpeluang melihat Erry di Rompin jangan risau Erry ada letak gambar gambar sepanjang di sana ok.Maaf sangat sangat sebab tak sempat nak update banyak tentang Erry minggu nie okay. Kepada yang dah order Cd jangan risau yer Erry akan update anda tentang No akaun nanti.


Orang Kuala Rompin Pahang mmg best!Ramainya!


Ameng bersama anaknya~Haikal

Bila Ku Rindu Ku Sebut Nama Mu~Kak CT Fairus

Erry bersama dengan zawazi, Ameng, CT fairus

Erry bersama peminat kecil

Adik ni suke Erry yer... ala comel nye

Papan Atucara Majlis~

Kuala Rompin Beach Resort-

Pantai Kuala Rompin