Thursday, October 1, 2009

Erry di Dungun dan Taiping (Karnival Harian Metro & Aura Seri)


Erry di Majlis Berbuka Puasa bersama Anak anak Yatim anjuran Ekin Butik Pengantin
Setiawangsa

Assalamualaikum, Selamat Hari Raya Erry ucapkan buat peminat peminat Erry yang berada di luar sana. Maaf lah lama erry tak update blog. Yelah Erry baru sahaja selesai shooting untuk Nurin Qistina 13 Episod hari tu sampai 18hb September(dah nak dekat raya) dan kemudian muncul di Salam Raya di TV3 dan MHI pagi raya. So agak sibuk sikit.

Oklah Info terbaru erry akan berada di Dungun Terengganu pada 9 dan 10 hb October nie kat Booth Aura Seri di Dungun Terengganu. Kepada orang orang Terengganu, Pahang dan Kelantan jum ramai ramai turun ke Dungun sempena Karnival Harian Metro. Untuk pengetahuan anda semua Erry akan menjual CD lagu terbaru Erry Putra kat Booth Aura Seri nanti bersama dengan Roslan Shah. Erry jugak akan menghiburkan anda semua di sana nanti. Anda juga berpeluang untuk mendapatkan CD Erry dengan harga yang berpatutan sekiranya anda membeli produk Aura Seri okay.

Kepada orang orang Taiping pula jangan lupa pada 31 hb October dan 1 hb November Erry akan berada pula di Taiping bagi Roadtour bersama Aura Seri nie untuk Karnival Harian Metro pula di sana nanti. Kepada yang duduk Penang, Ipoh dan penduduk di utara sana ramai ramai ke Taiping nanti ya. Boleh jumpa dengan Erry Putra dan rakan rakan artis yang lain.

Oklah untuk mengubat rindu erry pada peminat jum kita tengok gambar gambar lagi di belakang tabir bagi Nurin Qistina beberapa hari sebelum tamat nya penggambaran drama.


Rumah Pengasih Ofis

Scene di Rumah pengasih

Scene di Padang Bola bermain sepaktakraw

Bersama Krew

Scene dalam asrama Pengasih

Erry rileks jap berfore Shoot

Yang pakai baju tshirt Krew

Camera..Rolling..Action

Syhhh... Tengah berlakon bising kang Director Wan Hussin marah

Gambar di Monitor