

Muka Belakang Mini Album CD Plate Album
Album mini Erry Putra dah pun siap. Erry happy sebab banyak yang bagi komen yang bagus untuk mini album nie. Untuk memudahkan proses pembelian album Erry Biru production ingin mempelawa mana mana Agen tak kira restoran ke, Butik ke, Salon rambut ke untuk menjadi agen atau pengedar Album mini Erry Putra.
Mula mula Erry nak ambil untuk lembah Klang dahulu. So kepada mana mana usahawan yang berminat untuk menjadi agen atau pengedar mini album Erry Putra boleh lah menghubungi Nan-Manager Erry Putra. Kalau kat luar lembah kelang berminat untuk menjadi agen pun kami alu alukan tapi nak mulakan kat KL area terlebih dahulu. Jangan risau yer pihak Erry akan menyenaraikan Alamat Agen untuk mini album nie kat blog nie untuk memudahkan peminat membelinya di samping mempromosi perniagaan anda. Kat KL nie pun dah ada pengedar cuma erry akan menyiarkan alamat dan no telefon agen terbabit dalam minggu depan.
So kepada mana mana kedai yang nak edarkan album mini nie boleh menghubungi Nan di talian +6017-2385 185. Erry Biru production sebenarnya tidak menghadkan mana mana kedai kedai dobi ke, restoran ke, mini market ke semua boleh yer.
Kepada yang dah email jangan risau sebab erry akan memastikan penghantaran sampai dengan registered pos setelah bank in oleh anda okay.
Erry juga akan memasarkan satu lagi produk minyak wangi EP Perfume dalam masa terdekat so anda juga boleh ambil bahagian untuk jadi agen Erry nanti ya tapi tu projek seterusnya. Kepada peminat peminat di Sarawak anda boleh dapatkan Album Mini Erry di Jom Heboh di Sarawak pada 25th Julai & 26th Julai tapi kena datang booth MY TV3 nanti ya tapi sapa cepat dia dapat sebab Erry mungkin bawa stok yang terhad sahaja ye.





