Wednesday, December 16, 2009

Pencalonan ABPBH

Hye all~!
Anugerah Bintang Popular Berita Harian datang lagik~
dan alhamdulillah kali ni nama Erry Putra tercalon bawah kategori pelakon tv lelaki popular..
ni semua atas sokongan dari rakan-rakan dan fans Erry..
thanks yeah!



Jangan Lupa Undi Erry Putra Di Anugerah Bintang Popular Berita Harian untuk Kategori PELAKON TV LELAKI POPULAR..

Taip : BH(kategori)(Artis) seterus
nya sehingga cukup lima kategori pencalonan dan SMS ke 32728

kalau nk buat undian post pon boleh~
thanks!

lagi satu..uols leh dengar lagu baru Erry kt blog ni..
tp bukan full laa..
intro sket2 je..
saje nk kasi suspen..
hehehehe..

Semoga terhibur~!
CheerioOo~

Sunday, December 13, 2009

Erry Putra Terbang ke Bandung

Hello2..
Dah lama Erry tak update blog kan?
Saje je nk test uols rindu erry ke x..hehehe..
So, uols semua apa khabar?
Hope semuanya okay la kan..
Yang tgh bercuti skolah tu, Selamat Bercuti~!..
Yang nak kawen tu, Selamat Pengantin Baru~!..
Yg bekerja..Selamat Bekerja Dgn Gigih~!..
hehehehe..

Oklah..kite proceed dgn latest news psl Erry..
Baru-baru ni Erry telah terbang nun jaoh ke Bandung, Indonesia atas 2 misi mustahak..
1st skali adalah untuk menjalankan misi merakamkan lagu baru..
Sambil2 tu nak berkenalan dgn komposer2 kat sana dan bertukar-tukar ilmu..
Blajar cara nk buat lagu yang best..
Kire mcm lawatan sambil belajar laa jugakkk..

dan tujuan kedua adalah untuk jalan2 carik pasal..
ehh? cari pasal ke?
jalan2 jaoh perjalanan luas pemandangan laa..
sambil merehatkan minda dr kesibukan kota..
cewahhh~

Erry ke Bandung bersama-sama dengan Shajiry dan juga penyanyi baru Izreen..
Tetapi kite hanya merancang, tuhan yang menentukan..
Di hari yang sepatutnya Erry menjalankan proses recording tu..
Tetiba Erry demam pulak..
Sampai hari ni pon Erry masih belum pulih sepenuhnya..
Maka, lagu Erry tu terpaksalah dibawa blk ke Malaysia..
dan akan dibuat oleh AG coco..
dan sekarang ni pun dah dlm proses recording laa..

Makanyaaaaaaa..
Tunggu kemunculan lagu baru Erry Putra bertajuk Jangan Kau Pergi..
dan dijangka siap bulan Januari ini..
Dalam lagu ni Erry akan berduet dgn Shajiry..
lagu ni special sgt sbb ditulis semasa Erry dlm flight untuk bertemu dgn insan tersayang..
Lagu dan lirik semuanye hasil tangan erry sdirik..
hope uols semua suke la ye!

Tulis bnyk2 pon bosan gak kan?
Jom layan gambar~


Erry semasa mula-mula tiba di Airport..


Ada gaya pelancong x?


Excited abess ni..haha..


Munyit ke? haha!

Lagu ni Erry pernah nyanyikan di Jom Heboh dan Istana Budaya..
Dan Erry seronok sangat sbb mendapat respon yang positif dari peminat-peminat..
Thanks yeah!
Sebenarnya, dari dulu lagi Erry kata nak promosikan single Erry di radio..
Tp sbb sebok dgn shooting n show, ter'delay' pulak..huhu~
Tapi utk lagu jangan kau pergi ni, Erry akan berusaha utk hantar jgk Januari ni k..

ok..sampai sini dlu..
ape2 nnt Erry akan update lagi yek..
take care tau uols..
jgn nakal2..
teruskan menyokong erry putra~!

Thursday, October 1, 2009

Erry di Dungun dan Taiping (Karnival Harian Metro & Aura Seri)


Erry di Majlis Berbuka Puasa bersama Anak anak Yatim anjuran Ekin Butik Pengantin
Setiawangsa

Assalamualaikum, Selamat Hari Raya Erry ucapkan buat peminat peminat Erry yang berada di luar sana. Maaf lah lama erry tak update blog. Yelah Erry baru sahaja selesai shooting untuk Nurin Qistina 13 Episod hari tu sampai 18hb September(dah nak dekat raya) dan kemudian muncul di Salam Raya di TV3 dan MHI pagi raya. So agak sibuk sikit.

Oklah Info terbaru erry akan berada di Dungun Terengganu pada 9 dan 10 hb October nie kat Booth Aura Seri di Dungun Terengganu. Kepada orang orang Terengganu, Pahang dan Kelantan jum ramai ramai turun ke Dungun sempena Karnival Harian Metro. Untuk pengetahuan anda semua Erry akan menjual CD lagu terbaru Erry Putra kat Booth Aura Seri nanti bersama dengan Roslan Shah. Erry jugak akan menghiburkan anda semua di sana nanti. Anda juga berpeluang untuk mendapatkan CD Erry dengan harga yang berpatutan sekiranya anda membeli produk Aura Seri okay.

Kepada orang orang Taiping pula jangan lupa pada 31 hb October dan 1 hb November Erry akan berada pula di Taiping bagi Roadtour bersama Aura Seri nie untuk Karnival Harian Metro pula di sana nanti. Kepada yang duduk Penang, Ipoh dan penduduk di utara sana ramai ramai ke Taiping nanti ya. Boleh jumpa dengan Erry Putra dan rakan rakan artis yang lain.

Oklah untuk mengubat rindu erry pada peminat jum kita tengok gambar gambar lagi di belakang tabir bagi Nurin Qistina beberapa hari sebelum tamat nya penggambaran drama.


Rumah Pengasih Ofis

Scene di Rumah pengasih

Scene di Padang Bola bermain sepaktakraw

Bersama Krew

Scene dalam asrama Pengasih

Erry rileks jap berfore Shoot

Yang pakai baju tshirt Krew

Camera..Rolling..Action

Syhhh... Tengah berlakon bising kang Director Wan Hussin marah

Gambar di Monitor

Monday, September 14, 2009

Anna Maria (Drama TV3)

Dah tengok cerita Anna Maria? Jika belum saksikan drama terbaru yang disiarkan baru baru nie kat TV3. Sapa sapa yang belum tengok jum kita saksikan di Blog Erry nie. Yang pertama nie First Episod anda boleh klik link seterusnya untuk episod berikutnya k. Selamat Menonton!!

Wednesday, September 9, 2009

Trailer Drama Lakonan Erry Putera

Sape pernah tengok Trailer / Montaj untuk drama drama lakonan Erry. Kalau sapa belum pernah tengok Erry letak kat sini few Trailer untuk tatapan anda okay



Laila Sari~


Sepi itu Jiwa~



Matahari~


Si Capik~


Manjalara~

Wednesday, September 2, 2009

Gambar Gambar di Lokasi Nurin Qistina


Berikut adalah gambar gambar sepanjang penggambaran Nurin Qistin. Jangan Lupa yer tonton di RTM nanti


Jurukamera Nurin Qistina

Tgh tunggu shooting tengok astro dulu

Rehersal dulu

Aksi lepak

Masa nie tgh rehat so erry kacau tuan punya rumah buat kuih sedap ooo

Kerusi Director

Erry tengah berbincang dengan Director

Pengarah tengah melihat monitor untuk shoot yang bagus

Baby tipu untuk scene pergaduhan


Set Nurin Qistina~

Set

Kamera yg digunakan

Scene Malam

Tuesday, September 1, 2009

Nurin Qistina


Assalamualaikum..

Kepada peminat peminat Erry ucapkan ribuan terima kasih kerana mengikuti Erry Putra Live Radio! Kalau nak tahu live radio nie adalah one and only untuk blog artis. Erry rasa happy sebab dengan adanya live radio nie erry berpeluang berchatting dan mendapat feedback dengan peminat peminat secara terus. Erry juga boleh memutarkan lagu lagu permintaan yang diminati oleh peminat peminat Erry.

Untuk pengetahuan peminat Erry sedang sibuk menjalani penggambaran Nurin Qistina yang akan ditayangkan di RTM selepas hari raya nanti. Erry harap peminat peminat erry bersedia untuk menonton drama terbaru ini. Cerita ini erry akan melakonkan watak sebagai Hero yang jahat yang berkawin dengan mualaf dan drama ini akan menjadi tragis apabila anak yang dilahirkan sebagai sindrondown.

Erry harap peminat peminat tak melepaskan peluang untuk menyaksikan drama 13 episod ini nanti. Dibintangi oleh Erry Putra, Yana, Abu bakar juah dan seniwati kismawati. Terbitan Take One Production, arahan Wan Hussin.

Sunday, August 23, 2009

Radio ERRY PUTRA 1 St and ONLY

Erry dengan rasa bangganya ingin memaklumkan sekarang anda semua boleh mengikuti radio live bersama Erry dan Erry akan buat slot khas untuk ke udara bersama anda!!!

Friday, August 21, 2009

Selamat Menjalani Ibadah Puasa~


Assalamualikum.

Lama Erry tak update blog. Erry nak minta maaf kepada semua peminat sebab lepas je habis tour di Singapura, Erry dapat offer untuk berlakon dalam satu drama bersiri yang menjalani penggambaran sehingga beberapa hari sebelum raya. So erry agak busy sikit dan tak sempat nak update blog.

Kepada semua peminat dan penyokong kerjaya Erry Putra, Erry ucapkan ribuan terima kasih dan blog Erry dan pun mencapai Hits sebanyak 50,000 ribu orang dan erry ucapkan terima kasih kerana mengikuti perjalanan blog erry.

Sempena menyambut kedatangan bulan ramadhan erry nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat semoga anda diberkati dan dirahmati selalu okay~

Monday, August 3, 2009

Singapore U'r The Best!!!! (Invite me again K)



Salam semua..Erry sebenarnya baru sahaja pulang dari Tour Sutramaya di Singapura 1hb dan 2hb August 2009. Tour nie dianjurkan oleh Star Hub dan Courts. Walaupun erry tak berapa sihat tapi bila dapat berjumpa dengan fans di Singapura rasa tak sihat terus hilang. Anyway Erry nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua fans yang datang dan beli album erry kat Jurong Point. Pada yang tak dapat bergambar dan tak dapat membeli CD erry minta maaf banyak banyak sebab time memang tak mengizinkan. Erry harap sangat sangat dapat datang kembali ke Singapura untuk show show seterusnya dan erry suke dengan crowd kat sini sebab semuanya sempoi + gerek sih!!

Interview dengan RZ pun besh kat Ria. Walaupun hanya sejam tapi memang satu pengalaman yang cukup bermakna untuk erry. Erry nak ucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada Lady ant dan Pak Malau (U're the best), Mr Suhaimi (D' best entertainer in Singapore), Natra (Star Hub), Haryani-Berita Harian Singapura Team, Juliana June-The New Paper, Emma Sue-Selebriti Magazine dan semua pihak yang terlibat untuk Tour Sutramaya. Kalau boleh invitela lagi Erry ya!

Interview dengan Majalah Selebriti-Emma Sue-Director

Interview dengan RZ Ria 89.7 fm

DJ RZ memberikan beberapa soalan Cepu Emas untuk Erry & Fasya Sandha jawab!

Cenderahati dari Erry -Poster dan CD untuk team Ria FM

Macam nie pose-

Salah satu gambar ~

Tengah tengok gambar gambar yang ditangkap~

Erry dan Fasya sedang ditemuramah-Siapa jejaka terbaru Fasya sekarang? Soalan cepu emas oleh Berita Harian Singapura

Kenapa erry menyanyi sekarang? Minat dan passion dalam Muzik jawap erry.

Temuramah TV di belakang pentas~

Bersama New Artist Erry Lupa namanya dan Syed Azmir kanan(Wake Up Baby -Artis Ajai dari Singapore)

D' Most Happening Entertainer MR Suhaimi!

Tengah sakat orang singapore

Fasya Sandha Dan Erry

Ramainya orang singapura~Semua Cun cun belaka


Cintaku~

Friday, July 31, 2009

Gambar gambar Sekitar Jom Heboh Kuching


Hello semua.. mesti anda tak sabar nak tengok gambar gambar Erry bersama peminat di Jom Heboh Kuching minggu lepas kan? Jom jom....saksikan telatah peminat peminat di Booth Inspirasi Wanita TV3. Orang Kuching memang best! Nanti Erry nak datang Kuching lagi untuk Show plak!!


Erry bersama peminat kecil dan besar :)

Cantik tak kitaorang nie erry? gagaga Cantik.. sebab beli album ku huhuh

Comel orang orang Kuching nie~

Erry, akak tak cukup duit lah! Hutang boleh tak? aaaaaaa...(Erry Putra)

La ape tengok je tu meh beli-Erry.. Abang kat belakang tu "Tak nak beli den nak amik gambo engkao jer"

Nie Erry Putra kan?tanya akak tu. Bukan den adik erry putra -heheheheh
Adik belakang tu "betul betul betul -tiba tiba adik tu jadi upin ipin

"Yer kak nak CD ker"-Erry Putra, "Akak nak meminang Erry lah untuk akak!!" hahahaha


Yahoo berjaya jugak aku amik gambar ngn erry putra biar femes satu kampung, Kata akak tudung putih tu..mama jom balik abang pakai spek nie sapa? Nobita ke? ..pening adik kat bawah tu sampai garu kepala memikirkan kenapa mereka di seret untuk bergambar! hahahaha...

Lapar makan dulu.. pas tu sambung nyanyi plak!

Mengsumbangkan suara time!