Thursday, July 31, 2008

Jom Heboh Kuantan!

Mari ramai2 orang kuantan datang ke jom heboh!Erry Putra akan berada di booth Women@TV3.hehe...
so ape lagi kawan2.datang la beramai2 okeh!

Perasmian E-Hayat dan album Erry Putra

Hi all.just nak bagitau sikit.pada sabtu ni (2.08.08), dari pukul 2-4 petang,Erry akan berada si Taman Tasik Titiwangsa untuk perlancaran insuran E-hayat.dengar kata,Erry menjadi duta untuk insuran ni. :)
kalau nak tau dengan lebih lanjut lagi pasal insuran ni,boleh la datang esok.dengar kata,hanya bayar rm68 untuk setahun je.murah kan?dan dia cover untuk demam denggi,accident dan banyak lagi la.cara pemberian wang dia adalah melalui kad debit EON bank.senang kan?so,katakan la korang kena denggi (harap2 la tak terjadi ok) dan secara terus menerus,rm1000 akan masuk dalam debit kad korang.haa...kalau nak tau,kalau korang cari kawan untuk join E-hayat ni,korang akan dapat rm10 masuk dalam debit kad.kalau 2 org,rm30.3 org rm30 jgk.kalau 10 org,rm150.hehe..best kan?
so,kalau korang nak tau lagi,datang la sabtu ni.(esok) kat taman tasik titiwangsa!

Sunday, July 27, 2008

Erry Pengsan?

Hello sume.
just nak share gambar Erry pengsan kat set dendam tadi. :P
tak de lah,ni time shooting drama Dendam tadi.hehe..
Erry kena hantuk dengan mesin stapler yang sangat besar sampai berdarah telinga dan kepala. (lakonan semata2).
dan dalam gambar tu ada aqasha jgk. :)




Show Erry Putra di Plaza Alam Sentral

Sape ada g plaza alam sentral semalam? 27.07.08 tu.ada nampak Erry Putra tak?
Erry nyanyi 3 lagu kat show tu.webmaster pun sampai lambat,Erry dah pun nyanyi lagu dia yang terakhir.hehe..
so,harap korang semua yang datang terhibur dengan lagu Erry Putra :)





Saturday, July 26, 2008

Erry Putra di show Suria FM Rancak Road Tour

Assalamualaikum wbt.
sorry la lambat inform kat korang semua.
Erry Putra akan mengadakan show di Plaza Alam Sentral,Shah Alam pada hari ahad (27.07.08) pada pukul 2-4pm.
sape2 yang berdekatan,boleh la berjumpa dengan Erry Putra! :D

Thursday, July 24, 2008

Akasia-Sutera Maya.

Assalamualaikum wbt semua.
Erry ada bagitau tak lama lagi akan ada drama baru menggantikan drama Ezora di slot Akasia nanti.drama ni bertajuk Sutra Maya.so,ape lagi korang.sape2 yang rindu nak tgk Erry Putra blakon time petang2 tu..haa..inilah masanye.hehe..

Webmaster tak pasti lagi drama ni macam mana jalan cerita dia.nanti WM tanye Erry tgk sinopsis dia dan macam biasa la..akan di postkan kat sini.

Sutra Maya ni arahan Khabir Bhatia (yang mengarah drama Manjalara dulu tu) dan skarang ni memang tgh shoot kat area Sg Buluh. :)


Friday, July 18, 2008

Pictures from Baby Zana! [Jom Heboh in Danga Bay]







Thank you babyzana7379 for these pics!!! :) so,ada yang lain lagi ke?post la kat erryblog@gmail.com!

Wednesday, July 16, 2008

Single Erry Putra

Assalamualaikum wbt semua.

Single Erry Putra dah pun di edarkan kepada stesen radio HotFM dan juga SuriaFM.so,dalam bila2 masa je la lagu single yang korang dah dengar tu akan dapat di dengarkan di radio2.bila dah dengar lagu erry putra kat radio,jgn lupe kalau ada buka ruangan untuk vote@undi,sila la undi ye.tunjukkan bahawa anda penyokong setia Erry Putra.kalau la meletop single ni,Insyaallah mungkin Erry Putra nak buat doa selamat ke kan?mesti jemput orang yang menyokong Erry :)

Erry Putra skang ni makin bz dengan photo shoot untuk majalah2.untuk hari raya nanti.so,korang semua jangan la risau ye..akan ada muka Erry Putra dalam majalah keluaran khas hari raya nanti!boleh la korang tatap muka Erry Putra sambil makan ketupat rendang tu.hehehe...

Jangan lupe menonton DENDAM tau!

Tuesday, July 8, 2008

Drama Dendam - Pics!

Just nak share dengan korang semua gambar-gambar semasa shooting drama Dendam yang tengah ditayangkan di TV3 pada setiap hari Selasa 11pm tu :)
Webmaster dgn kameraman g melawat Erry kat tempat shooting.hehe

So,enjoy the pics!!





Thursday, July 3, 2008

Erry Putra di Jom Heboh,Danga Bay,JB!!!

Wahai warga JB sekalian..silalah menghadirkan diri di Jom Heboh Danga Bay pada hari sabtu dan ahad nik ye.
ERRY PUTRA pun akan join sama kat sana nanti.hehe...booth mana?kat booth AKASIA,AKSI dan ARENA.

Jumpa di sana ye warga JB.jangan lupe datang ramai2 tau bawa kaum keluarga sume turun tgk Erry Putra!!!!!!

p/s:Bawak kamera skali,dgn payung sbb mungkin panas atau mungkin jgk hujan.hehe.. :)

Tuesday, July 1, 2008

Hak Milik Terpelihara Erryputra.blogspot.com

Semua isi kandungan blog ini,termasuk cerita,gambar dan lagu adalah Hak Milik Terpelihara crew Erryputra.blogspot.com

Kalaulah anda nak copy paste apa2 benda pun dalam blog ni,sila bagi kredit kepada blog ni dengan menaip source/url blog ni kerana saya ada mendapati sesetengah orang telah pun copy dan paste sisnopsis,cerita2 mengenai Erry Putra dari blog ni ke blog lain atau tempat lain(maknanya,blog dia sendiri,ataupun untuk majalah2 ke,untuk suratkhabar ke).

tak susah pun,bila dah copy paste type je la http://erryputra.blogspot.com

kan senang?

lepas ni,webmaster nampak lagi ada orang buat (i tak kesah ok,u sape. :P ), memang orang itu akan dikenakan denda. hehe :P tak de lah...akan di suruh untuk meletakkan link ke blog je.

happy surfing!