Wednesday, December 31, 2008

Selamat Tahun Baru 2009!

Selamat menyambut tahun baru 2009!
Semoga dengan kehadiran tahun baru ini akan menyemarakka lagi
kehidupan anda seharian,
InsyaAllah~

Doa-doakan juga kejayan Erry Putra kelak. :)

Monday, December 29, 2008

Erry Putra Live di RADIO KL

Erry akan ke udara di radio KL pada pukul 12-1 hari ini dalam segment Club Cinta KL.
Para peminat boleh menelefon siaran radio untuk berbicara bersama Erry Putra! :)

P/s: KLfm is 97.2fm

Vote untuk Erry Putra!

Hello semua!!!!

Anda suka baca suratkhabar??tak suka??skarang ni anda WAJIB baca suratkhabar Berita Harian sebab....anda kena VOTE untuk ERRY PUTRA untuk Anugerah Bintang Popular!!!

Ape lagi cepat beli suratkhabar anda hari ini dan start voting!!!! :)

Muahx~

Wednesday, December 17, 2008

Happy Birthday Erry Putra!

Just nak wish from WM-WM;

Happy Birthday Erry Putra!!!!!!

Semoga panjang umur dah murah rezeki kehendakNya.

Amin~

Sunday, December 14, 2008

Agensi Lakonan Erry Putra!

Teringin nak jadi macam Ayu Raudhah?Atau Fasha Sanda?Atau sapa2 je pelakon yang korang minat?Dengar sini semua..Kalau and ingat anda ada talent untuk berlakon,apa lagi..rebutlah peluang ini.

Erry Putra dah bukak satu talent agency untuk mereka yang berminat nak menjadi pelakon.Kalau anda rasa anda suka berlakon atau passion memang untuk berlakon je la dan dari pagi sampai malam asik fikir macam mana nak jadi pelakon..

Ni la peluang korang!!Apa lagi amik no PA Erry Putra 0149253265 ni dan call untuk buat audition! Tempat dah tarikh?Akan dinyatakan.Call dulu untuk mengetahui tempat dan tarikh.Bila dah ditetapkan nama anda ada dalam database,Erry Putra akan memanggil anda!!

Wednesday, December 10, 2008

Jadual Erry Putra

Jadual Erry Putra
  • 13 hb Disember - Live show di TV9 untuk rancangan Nasi Lemak Kopi 'O', jam 9-10am untuk promosi single.Call jangan tak call untuk bercakap dengan Erry Putra nanti!!!!! :D
  • 17 hb Disember - Menara KL untuk Karangkraf.
  • 18 hb Disember - ?
  • 20 & 21 Disember - Kedah.
Ni jadual Erry Putra yang setakat ni WM tau.Nanti kalau ada lagi, akan di updatekan, InsyaAllah.

Saturday, November 29, 2008

Show di Titwangsa.

Erry Putra akan berada di Titiwangsa pada hari Ahad, 30 November 2008 pada pukul 5pm-6pm.

Jumpa di sana!

Saturday, November 22, 2008

Lirik Cintaku

Andai
Kau masih ingin jua,
Memilih diriku,
Untuk mu.

Oh andai,
Kau masih ingin jua,
Memilih hatiku,
Akan ku setia,

Sampai nanti menunggumu,

C/O

Telah kau tahu,
Cintaku hanyalah,
Untukmu,
Selama hayatku.

Hanya padamu,
Kasihku segalanya,
Untukmu,
Hanya kau sayangku.

Sejak mula,
Ku temukan hatimu,
Cintaku.

Ulang C/O

Tuesday, November 18, 2008

Pertandingan Menyanyi Lagu Erry Putra

Haa..ni adalah pertandingan pertama Erry Putra anjurkan.kalau nak tau macam mana pertandingan ni,korang kena baca benda kat bawah ni baik-baik okeh!

Cara-Cara:
  1. Ambil video korang sendiri nyanyi lagu Erry Putra.tak kisah la lagu yang mana,Cintaku@Izinkan aku.
  2. Kualiti video tak penting sangat,tapi jangan lah sampai tak nampak muka korang plak.
  3. Kreatif.Memandangkan Erry ni seorang yang suke sangat buat lawak, korang kena kreatif suapaya video tu lawak,kelakar dan best!Kena guna kreativiti sendiri,kalau tak.. REJECT!
  4. Umur tak kira,janji boleh cakap dan nyanyi lagu Erry dan pihak juri boleh paham ape korang nyanyi/cakap tu.
  5. Hantarkan video korang kat youtube pastu bagi link ke erryblog@gmail.com.kalau tak nak orang tengok,attach je la video korang kat emel tu.(itupun kalau sanggup tunggu la berjam-jam@internet connection korang laju sangat.haha)
  6. Tarikh tutup penyertaan,11.12.08 :)
Cara-cara dah tau dah..hadiah nye??Haa...SINGLE Erry Putra yang akan ditandatangani oleh Erry Putra sendiri!Cara nak bagi hadiah tu...tgk lah..maybe akan ada majlis,kalau tak..akan dihantar ke rumah je melalui pos laju.hehe...brape pemenang,akan di beritahu nanti.

So,bila korang dah siap upload video tu kat YouTube,emel kan ke erryblog@gmail.com butiran peribadi korang dalam format ni..

Nama:
Alamat:
No Tel:
Tarikh Lahir:
Tajuk Video (yang kat YouTube):
Nama Account YouTube (nak mengelakkan kekeliruan nanti):
URL video:

Pihak juri:Erry Putra dan WM-WM.

Ape tunggu lagi!!!Cepat2 la hasilkan video yang best!!

P/s:Kalau korang takut org tau video korang mcm ne,jangan la bagi nama specifik sangat macam ni 'Pertandingan Erry' @ 'Cintaku Pertandingan' dsb.pandai2 la korang ye nanti.hehe...

Monday, November 17, 2008

Erry Putra di Taman Metropolitan, Kepong.





Hari: Ahad.
Waktu: 4-7pm.
Tempat: Taman Metropolitan, Kepong.
Acara: Hiburan Rakyat Senandung Budaya.

Tak nak cakap banyak2..tgk je la gambar yang ada ye. :)

Saturday, November 15, 2008

Erry Putra di Kepong

Hello semua penduduk Kepong,KL.Erry akan berada di sana esok hari untuk promosi lagu Sutera Maya.

  • Lokasi: Taman Metropolitan.
  • Masa:Petang.
Ini sahaja info yang WM dapat dari Erry Putra.kalau ada tambahan,akan di beritahu sini.

Tuesday, November 11, 2008

Lagu Erry Putra on your Phone!

Hello semua.Ada berita terbaru mengenai single Erry Putra.Kalau korang semua nak tau,sekarang single Erry sudah pun boleh di beli untuk di jadikan Caller Ringtones/CallerTunes/Call Me Tones .

Cara untuk MAXIS user:-
  • tekan *131*[code lagu]# dan tekan SEND
  • Code Lagu - 'Izinkan ku' : 113236 , 'Cintaku' : 113235
  • Monthly fees : RM3.
Cara untuk DiGi user:-
  • tekan CT BUY dan send kan ke 2000
  • Anda akan menerima message sebegini: Thank you for your interest in CallerTunes™.
    Pls select a no eg. 1 and send to 2000
    1.Browse
    2.Input SongID

    Ikut arahan seterusnya untuk membeli CallerTunes anda.
  • SongID - 'Izinkan ku' :0052827 , 'Cintaku' - 0052826
  • Monthly fees : RM3.
Cara untuk CELCOM user:-
  • tekan CMT [code lagu]. Hantarkan ke 22990
  • code lagu - 'Izinkan ku' : 56998 , 'Cinta ku' : 56997
  • Monthly fees : RM3.

Friday, November 7, 2008

Anugerah Skrin - Final Episod





Terima Kasih atas semua komen2 bernas anda.Walaupun Manjalara tak menang anugerah, Erry tetap happy malam semalam :) WM tak nak cakap panjang,just nak sharekan gambar2 Post Party,party selepas anugerah skrin tu berlansung. :)

Wednesday, November 5, 2008

Anugerah Skrin - Episod 1




Hari ni WM dapat hadirkan diri ke rehearsal Anugerah Skrin di Merdeka Hall di PWTC. Masih ada lagi props yang tak siap.tapi tak ape.mesti dapat nak siapkan sebelum malam gilang-gemilang tu kan?hehe.Well,tema tahun ni seperti yang anda semua maklumkan adalah BERLIAN/DIAMONDS.So,pentas yang di gayakan adala jugak ciri2 diamonds gitu.bergemerlapan! :)

So, ni ada gambar2 time rehearsal tadi.Harap2 korang semua dapat la tgk sikit2 macam mana malam persembahan itu nanti.

Oh ya,Erry akan menyanyikan lagu duet 'Seiring Sejalan' bersama2 dengan emelda,faradhiya dan ady putra. :)

Sunday, November 2, 2008

Sutera Maya - Extra Pictures!


Erry dan PA nya, Akmal yang comel. :P


Erry (Adrian) & Irfan (Mikhail)


Erry berdarah


Team Sutera Maya! :)


Sutera Maya.

Ni gambar-gambar extra Sutera Maya! :)

Tuesday, October 28, 2008

Anugerah Skrin TV3

Alhamdulillah..ada jugak pencalonan Erry Putra dalam anugerah skrin tahun ni.ye la,dalam drama bersiri Manjalara.Kepada peminat-peminat Erry semua,marilah menyokong Erry Putra.Menang atau kalah,tak ape.asalkan Erry Putra menunjukkan prestasi yang baik dalam lakonan,insyaAllah akan menang!

Ada ape2 yang cakapkan ke Erry Putra?Comment la di bawah :) Kata-kata semangat ke.ape ke.hehe...ataupun kalau nak bagi karangan panjang,malu orang nak bace,sila emelkan ke erryblog@gmail.com

Thursday, October 23, 2008

Kucing Erry & Jom Heboh Miri!

Nak tau tak,erry putra pun sayangkan binatang.hehe..baru-baru ni,Erry ada beli kucing parsi.Semalam baru WM dapat tengok kucing tu setelah nak dekat 2 bulan kot Erry beli.hehe..
amboi comel nye la!!Geram WM tgk.mata bulat sangat.Dah la tu,tak betul skit.hehe..sebab suka orang dukung dia terbalik pulak.hish2.tak pening ke,kiki?oh ye,nama kucing tu,kiki. :) Ganas sangat la dia.suka main lari2,pandai main nyorok2 plak tu.haha.

Ok la,anyway,Erry akan berada di MIRI pada jom heboh minggu ini.Seperti biasalah,Erry akan berada di booth WOMEN@TV3.So orang-orang MIRI,Sarawak...ape lagi cepat2 la turun ke Jom Heboh tu!Bila dah amik gambar,sila la emel kan ke erryblog@gmail.com untuk diberi gambar itu ke Erry Putra secara eksklusif. :)

Sunday, October 12, 2008

Sutera Maya - Episod 32

Assalamualaikum wbt.Lama btol tak update blog Erry.Sorry lah tak ada bahan terbaru. :)

Shooting ni kat Damansara.Dekat je dengan pejabat Film Scape.Ni shooting utk episod 32.Dengar kata Sutera Maya akan di ubah plot ceritanye.tapi tak tau la btol ke tak.hehe..ape2 pun Sutera Maya akan lebih mengancam selepas ni.Cara lakonan Erry pun makin lain.nak tau ape lain nye?kena la tengok episod 32 dan ke atas nanti.hehe..




Sunday, September 28, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum wbt

Di kesempatan ini, WM-WM dan Crew Erry Putra ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri serta Maaf Zahir & Batin bagi pihak Erry Putra.

Semoga Aidilfitri tahun ini akan lebih meriah dan lebih vass! :)

Friday, September 5, 2008

Gambar-gambar Shooting Sutera Maya!

Hi all,just nak sharekan gambar2 dari set Sutra Maya.hehe..enjoy!



Ayu Raudhah



hehe..



Skrip Erry Putra Episod 22 Sutra Maya :)



Shooting sedang dijalankan



Sutra Maya :D



Keadaan gamat di set



Fasha Sanda



Ayu Raudhah



Erry Putra

Monday, September 1, 2008

Sutera Maya HARI INI!


Hello-hello semua!

Tayangan Sutra Maya harini pukl 6.30pm!!Cepat siap kan juadah berbuka supaya korang semua boleh tengok Erry Putra!yay!! :)

Sinopsis dan gambar Sutra Maya diambil dari website TV3 (www.tv3.com.my)

"Story of 4 sisters, Maya Medina, Maya Zulaika, Maya Karina & Maya Sofea who are from different mothers with different personalities. The death of her Mother led the eldest sister Maya Medina in search of her other siblings and unite them together in search of their father. Elated to finally meet their father, they were shock to find out that there were more mysteries in him to be untold. Cast : Fasha Sandha (Maya Medina), Intan Ladyana (Maya Karina), Ayu Raudhah (Maya Zulaikha), Faezah (Maya Sofea), Mustapha Kamal, Erry Putra, Maria Farida, Liza Abdullah, Fouziah Gous, Irfan, Rebecca Nur Al-Islam"

Thursday, August 28, 2008

Konsert Suria FM Cyberjaya

Assalamualaikum wbt.

Hello semua..sini hanya nak sharekan gambar2 time konsert Suria FM kat cyberjaya.hehe..konsert ni telah diadakan pada malam Sabtu yang lepas sempena menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yg ke-51.hehe.

Erry Putra telah menyanyikan dua buah lagu iaitu Izinkan aku & Ketahuan dari band Matta.

Antara artis2 yg ada pada malam itu adalah Saiful Malaysian Idol,Nikki,Dafi,Ning Baizura dan ramai lagi!









Sunday, August 24, 2008

Vote lagu Erry Putra di Suria FM!

Korang semua!!

Sila la vote untuk lagu Erry Putra di SuriaFM.

Cara nak vote dia...

Taip SURIAErry Putra

Tajuk lagu ada dua... - Izinkan aku dengan Cintaku

dan hantarkan ke 33511

Friday, August 22, 2008

Show!Show!Show!

Assalamualaikum wbt.

just nak bagitau last minit berita tergempar..

Erry Putra akan mengadakan show di Cyberjaya pada 8pm-11pm sabtu ini ,23.8.2008 dan di Alam Sentral pada pukul 3pm-5pm. :)

Thursday, August 21, 2008

Sutera Maya - Tv3

Makin lama,makin terasa dekat je dengan tarikh 1 September kan?hehe..iklan pun dah nampak selalu sangat kat tv3.ada kucing dengan ayu raudhah tu.hehe..
tak sabar nak tengok drama ni kan?

So,sementara tu korang semua edit la gambar2 erry putra sampai ke tahap yang paling cantik,pastu bagi kat erry.nanti boleh disemadikan dalam album gambar erry.mana nak tau,mungkin akan dapat hadiah ke?heheheheheheh...suprise!

Sunday, August 3, 2008

Maskulin Party,above The Ship di Bukit Bintang

Hello sume.just nak bagitau Erry ada menghadirkan diri ke MASKULIN party di bukit bintang.Erry ada buat show kat sana dengan menyanyikan dua buah lagu iaitu Izinkan ku dan juga lagu dari band Matta, Ketahuan.

Antara artis-artis yang menghadirkan diri ke parti ini termasuklah Diana Danielle,Tony Eusoff dan juga Jehan Miskin.tak ketinggalan juga band The Sixth Sense (yang memenangi kumpulan paling banyak kena cabutan bertuah.memang bertuah korang ekk) :)

Erry Putra pun tak kurang hebatnya,dapat jugak cabutan bertuah.dapat la beg pouch.hehe..






Semasa Erry Putra mengadakan persembahan di Maskulin Party!

Gambar-gambar perasmian e-Hayat di Taman Tasik Titiwangsa



Duta e-Hayat, Erry Putra



Ketika sedang memberi ucapan



Menandatangani perjanjian



Membuat persembahan lagu 'Izinkan ku'

Thursday, July 31, 2008

Jom Heboh Kuantan!

Mari ramai2 orang kuantan datang ke jom heboh!Erry Putra akan berada di booth Women@TV3.hehe...
so ape lagi kawan2.datang la beramai2 okeh!

Perasmian E-Hayat dan album Erry Putra

Hi all.just nak bagitau sikit.pada sabtu ni (2.08.08), dari pukul 2-4 petang,Erry akan berada si Taman Tasik Titiwangsa untuk perlancaran insuran E-hayat.dengar kata,Erry menjadi duta untuk insuran ni. :)
kalau nak tau dengan lebih lanjut lagi pasal insuran ni,boleh la datang esok.dengar kata,hanya bayar rm68 untuk setahun je.murah kan?dan dia cover untuk demam denggi,accident dan banyak lagi la.cara pemberian wang dia adalah melalui kad debit EON bank.senang kan?so,katakan la korang kena denggi (harap2 la tak terjadi ok) dan secara terus menerus,rm1000 akan masuk dalam debit kad korang.haa...kalau nak tau,kalau korang cari kawan untuk join E-hayat ni,korang akan dapat rm10 masuk dalam debit kad.kalau 2 org,rm30.3 org rm30 jgk.kalau 10 org,rm150.hehe..best kan?
so,kalau korang nak tau lagi,datang la sabtu ni.(esok) kat taman tasik titiwangsa!

Sunday, July 27, 2008

Erry Pengsan?

Hello sume.
just nak share gambar Erry pengsan kat set dendam tadi. :P
tak de lah,ni time shooting drama Dendam tadi.hehe..
Erry kena hantuk dengan mesin stapler yang sangat besar sampai berdarah telinga dan kepala. (lakonan semata2).
dan dalam gambar tu ada aqasha jgk. :)




Show Erry Putra di Plaza Alam Sentral

Sape ada g plaza alam sentral semalam? 27.07.08 tu.ada nampak Erry Putra tak?
Erry nyanyi 3 lagu kat show tu.webmaster pun sampai lambat,Erry dah pun nyanyi lagu dia yang terakhir.hehe..
so,harap korang semua yang datang terhibur dengan lagu Erry Putra :)





Saturday, July 26, 2008

Erry Putra di show Suria FM Rancak Road Tour

Assalamualaikum wbt.
sorry la lambat inform kat korang semua.
Erry Putra akan mengadakan show di Plaza Alam Sentral,Shah Alam pada hari ahad (27.07.08) pada pukul 2-4pm.
sape2 yang berdekatan,boleh la berjumpa dengan Erry Putra! :D

Thursday, July 24, 2008

Akasia-Sutera Maya.

Assalamualaikum wbt semua.
Erry ada bagitau tak lama lagi akan ada drama baru menggantikan drama Ezora di slot Akasia nanti.drama ni bertajuk Sutra Maya.so,ape lagi korang.sape2 yang rindu nak tgk Erry Putra blakon time petang2 tu..haa..inilah masanye.hehe..

Webmaster tak pasti lagi drama ni macam mana jalan cerita dia.nanti WM tanye Erry tgk sinopsis dia dan macam biasa la..akan di postkan kat sini.

Sutra Maya ni arahan Khabir Bhatia (yang mengarah drama Manjalara dulu tu) dan skarang ni memang tgh shoot kat area Sg Buluh. :)


Friday, July 18, 2008

Pictures from Baby Zana! [Jom Heboh in Danga Bay]







Thank you babyzana7379 for these pics!!! :) so,ada yang lain lagi ke?post la kat erryblog@gmail.com!

Wednesday, July 16, 2008

Single Erry Putra

Assalamualaikum wbt semua.

Single Erry Putra dah pun di edarkan kepada stesen radio HotFM dan juga SuriaFM.so,dalam bila2 masa je la lagu single yang korang dah dengar tu akan dapat di dengarkan di radio2.bila dah dengar lagu erry putra kat radio,jgn lupe kalau ada buka ruangan untuk vote@undi,sila la undi ye.tunjukkan bahawa anda penyokong setia Erry Putra.kalau la meletop single ni,Insyaallah mungkin Erry Putra nak buat doa selamat ke kan?mesti jemput orang yang menyokong Erry :)

Erry Putra skang ni makin bz dengan photo shoot untuk majalah2.untuk hari raya nanti.so,korang semua jangan la risau ye..akan ada muka Erry Putra dalam majalah keluaran khas hari raya nanti!boleh la korang tatap muka Erry Putra sambil makan ketupat rendang tu.hehehe...

Jangan lupe menonton DENDAM tau!

Tuesday, July 8, 2008

Drama Dendam - Pics!

Just nak share dengan korang semua gambar-gambar semasa shooting drama Dendam yang tengah ditayangkan di TV3 pada setiap hari Selasa 11pm tu :)
Webmaster dgn kameraman g melawat Erry kat tempat shooting.hehe

So,enjoy the pics!!