Friday, March 13, 2009

Matahari : Akasia

Assalamualaikum wbt.

Kepada para peminat Erry semua, Erry akan sekali lagi berada di dalam slot Akasia, 6.30pm di TV3 dalam drama bersiri MATAHARI.

Insyaallah pada 30 March 2009 ini akan ditayangkan episodnya yang pertama!

Teruskan menyokong Erry Putra.

P/S:Gambar di Jom Heboh akan di uploadkan dalam masa yang terdekat.Samping itu,boleh tengok gambar-gambar tersebut di Myspace Erry Putra. :)

Tuesday, February 24, 2009

MYTV3 booth!


Hello2.Assalamualaikum wbt..
Kepada sesiapa yang dah tengok promo MyTV3 11.58pm tadi..mesti korang dah tau kan yang Erry Putra akan berada di booth MyTV3 pada KJH di MITC ini.
Apa lagi orang-orang dan peminat Erry di Melaka..Serbu booth MyTV3!
Jangan sampai kena ragging dengan Erry sudah la ye korang :P 
Jom Heboh!~

Friday, February 20, 2009

Jom Heboh kembali lagi!!

Jom Heboh kembali lagi!

Kali ini seperti tahun yang lepas, Karnival Jom Heboh (KJH) akan di adakan di Melaka!
Ayuh orang-orang Melaka.apa lagi cepat meramaikan KJH dia MITC Melaka pada 28 Februari dan 1 Mac.
Erry Putra akan turun padang (seperti biasa) untuk menjayakan KJH pada kali ini.
Di booth mana?
Nanti WM akan updatekan untuk anda di sini!

'Jom jom jom jom...
Jom Heboh heboh!'

Sunday, February 1, 2009

Media Hiburan

Assalamualaikum wbt.

Kepada sesiapa yang masih keliru atau ingin tahu cerita sebenar mengenai Erry dan RMC, silalah baca CERITA SEBENAR dalam MEDIA HIBURAN.


Wednesday, January 21, 2009

Shoutbox OUT

Shoutbox terpaksa di buang.
Arahan Webmaster.

Monday, January 19, 2009

Gadis Cuci - Drama terbaru Erry Putra

Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera.

Sekarang ni Erry Putra tengah bz shooting drama Gadis Cuci bergandingan dengan Farah Fauzana dan ramai lagi.

Erry memegang watak sebagai seorang polisi :) 

kalau nak tau macam mana rupa Erry ketika memakai baju polis,nantikan drama ini!

Erry Putra Di Laman Santai, Istana Budaya

Assalamualaikum Wbt.

Erry Putra akan berada di Laman Santai di Perkarangan Istana Budaya dapa hari Jumaat dan Sabtu ini bersamaan dengan 23.1.2009 dan 24.1.2009.

Untuk sesiapa yang sering ke Laman Santai mesti agak kepelikkan kenapa hari Jumaat?Sebabnya,hari Jumaat berkenaan adalah merupakan hari Puisi untuk Palestine.Sambil anda datang untuk menghiburkan diri dan mengenyangkan perut,anda juga akan diminta untuk menderma bagi tabung GAZA.

Sekali lagi ada terapkan disini.

Tempat: Laman Santai, Istana Budaya.
Hari:Jumaat dan Sabtu.
Tarikh: 23.1.2009 dan 24.1.2009.
Masa:8pm-11pm.