Monday, May 11, 2009

Matahari: Slot Akasia TV3



Promo Drama Matahari

Minggu nie Erry dah habis shooting untuk Drama Matahari dan sekarang dah masuk episod yang ke 25. Anda semua dah menonton belum? Jadi kepada anda jangan lupa menonton Erry dalam Drama matahari ini kerana banyak adegan saspen yang belum diketahui.. jeng jeng Bagi mereka yang belum mengetahui sinopsis Drama ini anda boleh membaca nya di bawah seterusnya menonton di TV3. Bagi Erry drama ini agak menarik kerana memaparkan banyak pelakon pelakon terkenal yang lain.

Slot : Akasia
Waktu/Hari : 6.30-7.30pm/Isnin – Khamis
Barisan Pelakon : Nisdawati, Fahrin Ahmad, Aida Aris, Fauzi Nawawi, Hamidah Wahab, Syukery Hashim, Arash Mohd, Iqram Dinzly, Jehan Miskin, Erry Putra, Ako Mustapha, Fizo Omar, Sabrina Ali dan Noorkhiriah.
Lagu Tema : Cuba oleh Faizal Tahir

Drama Matahari mengisahkan seorang wanita yang terus memburu cinta sejati angkara kecundang dalam cinta pertama. Kisah tragis Matahari, seorang wanita kampung naif yang terpaksa mengharungi pelbagai dugaan musibah hidup dan ini telah menukarkannya menjadi wanita penuh keterampilan. Dengan kekuatan dan kepandaian yang ada pada dirinya, pelbagai tipu muslihat dirancang bagi memenuhi keinginan diri.

Siri 44 episod ini bakal menemui penonton mulai 30 Mac. Drama ini diterbitkan oleh Pena Kreatif Sdn. Bhd yang mana Penerbitnya ialah Puan Zeila Jalil yang sebelum ini pernah menerbitkan beberapa drama hits di TV dan olahan penerbit diiterjemah oleh pengarah berpengalaman iaitu saudara Mohd Feroz Abdul Kadir Saheb. Ia membariskan pelakon seperti Nisdawati, Fahrin Ahmad, Aida Aris, Fauzi Nawawi, Hamidah Wahab, Syukery Hashim, Arash Mohd, Iqram Dinzly, Jehan Miskin, Erry Putra(Den la..), Ako Mustapha, Fizo Omar, Sabrina Ali dan Noorkhiriah.

6 comments:

sipoOt aka unie said...

slalu tgk cter nih..skng tgh cuti sem so dpn tv jela ari2..hehe
follow me at my blog

http//:siciiput.blogspot.com

Husnibaby:My Emancipation said...

zul follow jgk drama matahari lepas balik dr lab...leh atahan jgk drama die...smlm erry kene tembak..huhu

xx+aIN+xx said...

=> Mmg best citer neh..
So surprised to know bout emelda as ur wife..hahaha

rifie said...

hai erry..brtuah dina ri ni dpt jmpe blog erry..dina minat gile ngn erry tau...sian adam dalam cite matahari ni..erry senang betul kua air mata eh:)
erry...boleh dina mintak x tajuk2 lagu yg jadik music background dlm cite ni..episod mane ri tu wktu ari tolak adam atas kerusi roda tu..pstu de main lagu...lagu pe ye tu

Nurhaliza Suhaimi said...

saket hati gla i tgk cita nh lg2 lizda. menjadi btol dia blakon.. hahaha ! ending dia apa ! na tahu ! na tahu ! =B

Ikii™ said...

Cerita Best! :D
Keep Smiling! :)