Hi semua.. Erry baru sahaja selesai merakamkan lagu terakhir yang akan dimuatkan dalam Single Erry bertajuk "Izinkan Aku". Lagu yang terakhir ini bertajuk "Awek Ku Lari" ciptaan dan Lirik oleh Erry Putra manakala produce, arrangement, mixing dan mastered by Aidil-AF 3(Aidil Music Studio.
Erry sebenarnya tak sabar untuk menyiapkan rakaman lagu terakhir ini yang mana lagu ini khas buat anda semua. Oleh sebab tak sabar, Erry letakkan Video "THE MAKING OF AWEK KU LARI" untuk tatapan peminat peminat di Malaysia, Singapura dan Brunei.
Kalau ikutkan nasihat pengurus Erry nan, patutnya hari nie 27 hb May (12.30 am) kami tak plan untuk rakam lagu ini sebab petang tadi Erry ada shooting dari pagi (26hb) sampai mlm di Ukay perdana (Drama E-Toyol TV3), tapi tak tahu kenapa Erry nak juga buat rakaman lagu ini untuk peminat peminat di luar sana walaupun tersangat lah penat dengan shooting drama E-Toyol. So malam tadi Erry bersama pengurus (nan) bergerak ke studio Aidil untuk menghabiskan lagu terakhir bagi single "Izinkan Aku".
Video yang anda semua bakal dengar di bawah nie lagu yang belum di mixing dan mastered tetapi akan siap complete semuanya by next week .. So sabar sabar yer. Harga bagi single ini ialah RM 15.00 untuk 4 buah lagu dan 1 bonus Minus One.
Jadi Erry berharap semua peminat peminat akan menyokong karier Erry sebagai penyanyi dan pelakon dan tahun 2009 nie Erry mungkin akan mengurangkan aktiviti lakonan untuk memberi lebih tumpuan dalam bidang nyanyian.
Studio Aidil Music
Kepada yang menonton drama matahari petang tadi (26hb Mei) tentu anda dah mendengar lagu ciptaan Adnan Abu Hassan yang Erry duet bersama Shajiry (Siapa Di Hatimu) yang mana dalam blog ini hanya erry letak separuh. Sorry lah yer sebab lagu lagu Erry kalau nak dengar penuh hanya akan terdapat di dalam album dan di radio sahaja(coming soon to Hot FM, ERA, Suria, Muzik FM, RIA dan stesyen RTM.
Dah prepare dengan air daaa...(dalam hati dig dag dig dag)
Jadi yang mana nak dengar lagi dan lagi cepat cepat beli album ini okay dan ianya di jual secara online sahaja.Kalau ikutkan pun lagu Izinkan Aku dah pun di main kan di RIA Singapura. Jadi peminat peminat Singapura kena selalu buat permintaan ok untuk lagu Izinkan aku.Dan Insyallah lagu Awek ku lari ini juga pasti akan disukai ramai kerana ianya menampilkan elemen muzik yang cukup catchy. Bukan nak masuk bakul tapi Erry berpuas hati dengan arrangment muzik oleh Aidil.
Jadi kepada anda terimalah video THE MAKING OF Awek ku Lari...