Sunday, May 24, 2009

Pertandingan Mencipta Logo Erry Putra Production



Hi .. semalam Erry baru sahaja habis membuat rakaman untuk siri "Laman Santai di perkarangan Istana Budaya. Ramai juga orang yang hadir. Antara artis yang memeriahkan laman santai semalam ialah penyanyi Safura, Nas Adila (AF7), Shahri dan kumpulan Coda(artis naungan Dato' Siti Nurhaliza. Kepada peminat yang hadir amacam best tak? . Kepada yang tak berpeluang pergi sana semalam jangan risau tunggu sahaja rancangan tersebut disiarkan di RTM nanti yer.

Anyway sudah beberapa kali Erry menjadi pengacara untuk Laman santai nie yang diadakan setiap hari Ahad jam 8.30 yang mana akan menampilkan beberapa artis menyanyi secara santai. Jadi kepada peminat peminat anda boleh datang beramai2 dan memeriahkan Laman santai sambil menjamu selera okay.

Minggu nie Erry sebenarnya plan nak invite peminat peminat Erry untuk menyertai satu pertandingan mencipta "Logo Erry Putra Production". Kepada anda di luar sana yang berbakat dalam bidang ini boleh mengambil bahagian kerana pihak Erry Putra Production akan menyediakan hadiah iaitu pemenang Pertama-Peluang beramah mesra bersama Erry yang mana pihak Erry Putra akan memberikan peluang kepada pemenang untuk membawa 4 orang rakan anda untuk makan malam dan beramah mesra dengan Erry di satu lokasi yang akan dirahsiakan terlebih dahulu di samping berpeluang menerima 4 CD Single Erry terbaru + poster berserta tandatangan. Manakala pemenang kedua akan menerima 2 CD Single Erry + Poster berserta tandatangan dan makan malam 2 orang bersama Erry manakala tempat ketiga akan menerima1 CD single terbaru + makan malam bersama Erry Putra.

Jadi kalau boleh Erry nak anda beramai2 menyertai pertandingan mencipta logo Erry Putra berdasarkan gambar daripada Single terbaru Erry dan yang penting konsep nya Erry nak simple tapi ekslusif okay. Tarikh tutup ialah sebelum 31 hb Mei 2009.

Sila hantarkan logo anda dalam bentuk Softcopy dengan mengemail kepada pengurus Erry, Nan di alamat email tekanbutang@yahoo.com. Thnks.


Laman Santai Shahri - Mc by Erry Putra & Kunnie

11 comments:

MUHAIMIN MJ said...

abg erry,kite nak hadiah tempat ke-3 sb bly mkn dua orang jer..muahahaha..
btw logo production? wat do u mean? kinda like wat?

Official Blog of Erry Putra said...

Logo production mean LOGO untuk Erry Production la Ridee. :)

MUHAIMIN MJ said...

urm..yela abg erry..gimme a try kayh! btw i did follow ur blog bt u didnt follow my blog pun....

--{♥Mahirah Abd♥}-- said...

nak tanya nie...yg nyanyi kat uTube nie kamooo ker..???
huk huk huk

R.B.8 said...

jady nie Singapore tkleyy join eh?

Official Blog of Erry Putra said...

erry ner blog nie pakai emai gmail.com. tak leh nk follow kalau tak de email goggole@ yahoo.com

Official Blog of Erry Putra said...

yer erry nynyi lorh! lagu izinkan aku :)

Official Blog of Erry Putra said...

singapore leh jer join pertandingan ni

freeze said...

aku suke design~

tapi kan..

LOGO?? such what??
description about the contest really not enuf lor.. i guess most of them are blurr..

Official Blog of Erry Putra said...

Erry dah letak contoh kat post di atas harap anda semua jelas tentang pertandingan ini okay

Suryss said...

ahahaha..B!jum try wat b..:D
photoshop menunggu wes~hahaha