Wednesday, June 24, 2009

Final Band Idola ~Ahad ini di Laman Budaya Shah Alam-Artis Jemputan Erry Putra


Erry penat shooting Drama E-Toyol .com
Tv34.30ptg/TV9-8.30mlm(Isnin-Khamis)

Hari Ahad ini pada pukul 4.00 petang jangan lupa datang Laman Budaya Shah Alam yer untuk pertandingan Final Band Idola yang mana Erry akan membuat persembahan jemputan. Jadi kepada peminat peminat Erry jum ramai ramai meriahkan pertandingan ini okay.Kepada peminat tq sebab blog makin hari makin bertambah followers. Nampak nya doa Erry termakbul untuk meramaikan followers dan pembaca blog erry putra. Kepada Peminat Peminat di Kuala Lipis maaf sangat sangat sebab erry tak dapat menyertai Lipis Fest sebab sebab tertentu,

Tapi mungkin kalau ada rezeki kita akan jumpa nanti okay. Kepada semua juga Erry disini nak umumkan yang Erry sudah menubuhkan syarikat iaitu Erry Biru Production Sdn Bhd. Mungkin Ramai yang tertanya tanya kenapa tak letak nama syarikat Erry Putra tapi nak maklumkan kat sini bahawa Erry terpaksa menukar nama company kerana PUTRA adalah nama yang tidak dibenarkan oleh pihak Kerajaan Malaysia. Oleh itu Erry dan pengurus mencadangkan Nama Erry Biru Production Sdn Bhd sebab Erry sangat suka kan warna biru yang melambangkan kedamaian.


Kepada yang dah baca paper Utusan Malaysia hari nie(24 June) page 26 anda tentu dah baca kan tentang final band idola so kepada yang belum baca boleh baca kat bawah key!! kepada yang komen THNKS U SO MUCH FOR THE COMMENTS!!! LOVE U!!!

Petikan Utusan Malaysia

Tuesday, June 23, 2009


Kenyataan Media - Band Idola Akhir

Setelah hampir empat bulan bersiaran di Laman Budaya Shah Alam, dan lebih 36 kumpulan berentap sepanjang ia berlangsung, peringkat akhir Band Idola akan menemui penonton pada 28 Jun ini bermula pada jam 4.00 petang di Laman Budaya Shah Alam. Pertandingan ini merupakan anjuran Bahagian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Jabatan Korporat Majlis Bandaraya Shah Alam.

Pertandingan akhir tersebut akan menyaksikan 6 kumpulan akan berentap merebut gelaran Band Idola 09. Kumpulan yang Berjaya mara di peringkat akhir ialah Sharp Nine, Ilustrasi, Rimba Bara, Putera Sari, Sapphire dan Alternature. Setiap kumpulan akan membawa 2 buah lagu, di mana satu lagu ciptaan sendiri dan satu lagu plilihan.

Pertandingan akhir itu juga akan diserikan dengan persembahan jemputan dari pelakon yang kini juga penyanyi iaitu Erry Putra, Sam dan Kumpulan Sharpshooter. Pertandingan ini bukan sahaja berjaya melahirkan bakat-bakat muda dalam penciptaan lagu dan lirik tetapi ia memberi ruang kepada anak-anak muda untuk berkarya.

Maklumat lanjut mengenai Pertandingan Akhir Band Idola, sila hubungi Pegawai Kebudayaan dan Pelancongan En. Mohd Zulfahmee Ismail di talian 013-3507888.

13 comments:

[bAbyGreeN]=))) said...

abg erry terror taq maen bola nie ??? ... huhu,=))

al the best ya !!!=)

Official Blog of Erry Putra said...

terror

[babygreen]=)) said...

haha al the best ... tu tido qat mane tu lenyak je tido ...??

haha cute ...=))

Official Blog of Erry Putra said...

Penat da!! pagi ke mlm shooting

Official Blog of Erry Putra said...

Penat da!! pagi ke mlm shooting

Suryss said...

abg!awat sury x phm pape pun?wakaka..
ke sury yg blur ni?wat is dia about?hohoh

HiSa Ito said...

penat sangat la 2 ek...
kesian...

Anonymous said...

kesiannye tgk gmbr kt ats ni..
mst giler penat tahap hyper kn??
ish3..
nwy, majulah abg erry!!
yeah!!

Lucky said...

shooting tak penat pun la... heheh.. tak pelah.. orang pro lah katakan...

[babygreen]=))) said...

hahaha !!!=)))) qesyian nyerh ...

H.R PuTeRa YuSoFF said...

suka tgk erry terutama dlm suria kasandra... moga dpt pergi jauh

Eddy said...

bagus erry.. muda2 nie kena keje kuat2. tp ingat kesihatan kena jaga gak.

Official Blog of Erry Putra said...

Yusoff Tq very Much! Eddy betul tu tu yang beli pil vitamin kat Watson baru2 nie hahaha